Generasi Pertama (2005-2016) Toyota_Fortuner

Generasi Pertama
Maklumat
PengilangToyota
Juga dikenaliToyota Hilux SW4
Pengeluaran2005-2016
PemasanganSamut Prakan, Thailand
Chachoengsao, Thailand
Karawang, Indonesia
Shah Alam, Malaysia
Santa Rosa, Laguna, Filipina
Karnataka, Bangalore, India
PendahuluToyota Hilux Sport Rider
KelasSUV
Stail badanSUV 5 pintu
Reka letakmesin depan, Penggerak roda belakang/Penggerak empat roda
PelantarIMV platform
Enjin2.7L & 4.0L VVT-i bensin
2.5L & 3.0L D4D VNT diesel
Jarak roda2,750 mm (108.3 in)
Panjang4,695 mm (184.8 in)
Lebar1,840 mm (72.4 in)
Berat Curb1800 kg
BerkaitToyota Hilux Vigo
Toyota Innova
Toyota 4Runner (antarabangsa)
Toyota Land Cruiser
Toyota Land Cruiser Prado

Toyota Fortuner diperkenalkan di Indonesia pertama kali tahun 2005 pada event Jakarta International Motor Show.

Pada bulan Ogos 2007 mula dipasarkan di Indonesia Toyota Fortuner yang berasaskan enjin diesel dengan kod mesin 2KD-FTV 2.5 liter D-4D atau Direct Four Stroke Turbo Commonrail Injection. Menggunakan teknologi baru sistem Common Rail, enjin diesel ini serupa dengan enjin Toyota Kijang Innova versi diesel. Pada awalnya varian diesel ini hanya dihasilkan dalam bentuk manual, tetapi pada tahun 2009 telah dilancarkan diesel bertransmisi automatik. Untuk semua enjin diesel, termasuk yang digunakan Kijang Innova, diimport dari Thailand sebagai pusat pembangunan enjin diesel Toyota di Asia Tenggara. Sedangkan untuk semua enjin petrol dikembangkan di Indonesia sebagai pusat pembangunan enjin petrol Toyota untuk Asia Tenggara.

Toyota Fortuner tersedia dalam berbagai macam varian: GM / T dan A / T, G Lux A / T dan VA / T. Variasi terendah GM / T menggunakan enjin diesel 2,500 cc D-4D, transmisi manual dan penggerak roda belakang. Diikuti dengan GA / T dilengkapi enjin 2,700 cc berkode 2TR-FE 2.7L VVT-i 4x2 bertransmisi automatik. Selanjutnya G Lux A / T mempunyai spesifikasi sama dengan GA / T dengan perbezaan pada jok kulit dan 6 in-dash cd changer. Varian paling atas dan mewah adalah VA / T yang mempunyai semua peranti G Lux dan satu-satunya model yang berpenggerak 4x4. Secara tidak rasmi, ditawarkan juga dalam bentuk import utuh (CBU) dari Thailand untuk pasaran luar pulau Jawa seperti Kalimantan dan Sulawesi, jenis V dengan enjin 3.0 diesel.